Filtra per genere

Asatizah Selangor (ANAS)

Asatizah Selangor (ANAS)

Asatizah Selangor

Podcast ANAS merupakan satu platform untuk anda mendapatkan kupasan isu semasa, menjawab persoalan asas agama dan motivasi yang akan meningkatkan diri.

13 - Studio Ihya Ep. 6 — Jenayah Kopiah Putih
0:00 / 0:00
1x
  • 13 - Studio Ihya Ep. 6 — Jenayah Kopiah Putih

    Mutakhir ini, penipuan atau scam yang bertopengkan niat kebajikan semakin rancak dijalankan. Tidak dinafikan, sindiket penipuan ini sudah wujud sejak zaman nenek moyang kita—bahkan Allah SWT sendiri menempelak golongan ini dalam surah al-Mutaffifin. Lebih parah lagi, hari ini terdapat pihak dan figura tertentu yang menggunakan perwatakan murni agama untuk menipu dengan lebih sofistikated.

    Jenayah Kopiah Putih, itu yang akan dibincangkan oleh Ustaz Anas Ainan bersama tetamu jemputan kali ini, Ustaz Arham Merican, Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.#StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Podcast

    Thu, 08 Aug 2024 - 52min
  • 12 - Studio Ihya Ep. 5 — Naratif Quran Perihal Hijrah

    Alhamdulillah, selamat tahun baharu hijri! Sempena bulan Muharram ini, Studio Ihya menampilkan Ustaz Syaari Ab Rahman dan Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan mengenai "Naratif Quran Perihal Hijrah".

    Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS). #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Quran #Hijrah #Islam

    Wed, 10 Jul 2024 - 55min
  • 11 - Studio Ihya Ep. 4 — Polemik Hadis Daif dan Penyatuan Aliran Umat Islam

    Saban tahun, kita tidak pernah gagal daripada disajikan dengan perbalahan dalam kalangan masyarakat awam dan asatizah seputar isu hadis daif. Seperti satu kemelut yang tiada jawapan—sedangkan ada—ia membarah dan membunuh keharmonian masyarakat Islam secara perlahan-lahan.


    Dalam episod keempat, Studio Ihya membawakan Ustaz Wan Ji Wan Hussin bersama Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan isu hangat ini. Semoga di penghujung tahun 1445 ini, kita menemui hikmah dan manfaat daripadanya. Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS). #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #HadisDaif #Islam

    Sat, 06 Jul 2024 - 1h 04min
  • 10 - Studio Ihya Ep. 3 — Legasi Nabi Ibrahim: Ibrah dan Inspirasi

    Dalam episod ketiga, Studio Ihya membawakan Ustaz Azlan Shah Nabees Khan bersama Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan mengenai salah seorang nabi yang membawa sosok bapa pengasas atau 'the founding father' dalam agama kita, iaitu Nabi Ibrahim A.S.

    Topik istimewa ini turut membawa kita menelusuri makna dan hikmah pensyariatan ibadah korban dan hari raya Aidiladha. Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS).

    #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Korban #Nabi #Ibrahim

    Fri, 14 Jun 2024 - 1h 01min
  • 9 - Studio Ihya Ep. 2 - Soal Jawab Zakat Fitrah

    Ramadan kian menghampiri penghujungnya, sudahkah anda menunaikan zakat fitrah? Jangan tersilap, zakat fitrah hanya boleh dibayar sepanjang bulan Ramadhan. Jom bersama Ustaz Furqan Abdullah dan Ustaz Farhan Hanapiah bersembang mengenai zakat fitrah dalam episod kedua Studio Ihya. #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Zakat #ZakatFitrah

    Tue, 02 Apr 2024 - 54min
Mostra altri episodi