Filtrar por género

Rahsia Al Quran : Surah Al Baqarah

Rahsia Al Quran : Surah Al Baqarah

Kelas Rahsia Al Quran

Rakaman kelas yang disampaikan oleh YBhg Al Fadhil Sheikh Said Abdellatif Karawia di Qaiser Darussalam Publications dari Tahun 2016 hingga Tahun 2020. Kelas ini sudah ditamatkan sejak tahun 2020. Sila join Group Rahsia Al Quran Sheikh Said di Facebook untuk info kelas dan juga Ceramah Khas Sheikh dari masa ke semasa.

96 - Rahsia Ayat 106 (#3) (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)
0:00 / 0:00
1x
  • 96 - Rahsia Ayat 106 (#3) (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

    12 Mac 2020

    Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 150-155

    Hanya sedikit ayat yang dari syariat sahaja yang dimansukhkan. Al Quran senang dihafal jika diamal. Kita diwajibkan untuk amal Al Quran tetapi bukan semua ayat perlu amal. Ayat-ayat mansukh hanya dibaca, tidak perlu diamal. Yang penting, kita perlu belajar dengan guru yang bersanad sehingga kepada Rasulullah SAW.

    3) Ayat Mansukh Surah Al Baqarah (2:191 & 217) digantikan dengan ayat Nasikh Surah At Taubah (9:5 & 36)

    Sat, 14 Mar 2020 - 1h 30min
  • 95 - Rahsia Ayat 106 (#2) (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

    5 Mac 2020  

    Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 144-149  

    Ayat-ayat Nasikh dan Mansukh di dalam Al Quran menunjukkan kepada kita kuasa Allah dan kebesaran Allah Tabaraka wa ta'ala. Kita tidak boleh hanya tahu adanya ayat-ayat Nasikh & Mansukh di dalam Al Quran tanpa memahami tiap-tiap ayat itu. Kita perlu fahamkan rahsia di dalam ayat-ayat itu.  

    2) Ayat Mansukh Surah Al Baqarah (2:109) digantikan dengan ayat Nasikh Surah At Taubah (9:29)  

    Fri, 06 Mar 2020 - 1h 28min
  • 94 - Rahsia Ayat 106 (Ayat-ayat Nasikh & Mansukh)

    27 Feb 2020  

    Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 138-143  

    Pada ayat ini, Allah SWT beritahu kita tentang hukum ayat mansukh (batal) di dalam Al Quran. Ayat mansukh hanya dalam HUKUM SYARIAT sahaja, yakni tentang perintah dan larangan Allah contohnya tentang solat, puasa, wasiat, arak dan lain-lain. 

    1) Ayat Mansukh Surah Al Baqarah (2:115) digantikan ayat Nasikh Surah Al Baqarah (2:144)

    Fri, 28 Feb 2020 - 1h 18min
  • 93 - Rahsia Ayat 105 (#5)

    20 Feb 2020  

    Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 131-137  

    Orang kafir dari Ahli Kitab & Musyrik tidak suka Allah SWT turunkan kebaikan (Al Quran) kepada Rasulullah SAW  & kita (orang Islam) kerana mereka hasad. Sifat orang yang hasad ialah tidak suka (sakit hati) apabila orang lain mendapat nikmat.  Adakah hati kita bersih dari hasad?  Hanya orang-orang beriman yang hatinya bersih dari hasad akan masuk syurga. Setiap hari Allah SWT akan melihat hati kita bukannya wajah kita.  

    Fri, 21 Feb 2020 - 1h 54min
  • 92 - Rahsia Ayat 105 (#4)

    13 Feb 2020  


    Talaqqi : Surah Al A'raf Ayat 121-130  


    Sheikh terangkan kenapa di dalam ayat ini disebutkan "diturunkan ke atas kamu" bukannya "diturunkan kepada kamu" dan juga kenapa Allah SWT gunakan perkataan "kebaikan" bukannya "Al Quran".

    Sat, 15 Feb 2020 - 1h 46min
Mostrar más episodios