Filtra per genere

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

4326 - [INTERVIU] Apa cerita NAFAS?
0:00 / 0:00
1x
  • 4326 - [INTERVIU] Apa cerita NAFAS?

    Penggantungan NAFAS bermula 1 November lalu selain siasatan SPRM berhubung kewujudan kartel baja padi dianggar bernilai RM1.8 bilion mencetus kebimbangan umum akan kewibawaan pertubuhan tersebut. Sebagai badan yang menaungi peladang seluruh negara, apa-apa yang berlaku kepada NAFAS dikhuatiri menjejaskan golongan tani khasnya, dan industri pertanian amnya.

    Thu, 21 Nov 2024 - 1h 03min
  • 4325 - Trend pasangan pilih 'childfree' membimbangkan

    Trend pasangan pilih 'childfree' membimbangkan Trend pasangan berkahwin yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat atau 'childfree' dilihat membimbangkan kerana boleh memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia, termasuk mempercepatkan proses negara menua. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (PWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, walaupun menyedari keputusan untuk tidak mempunyai zuriat adalah hak keluarga atau pasangan, namun kerajaan sentiasa menggalakkan pasangan yang berkahwin untuk memiliki anak. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail berhubung pendekatan kerajaan untuk meningkatkan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) berikutan kadar kesuburan negara menurun ekoran trend pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak atau childfree. Artikel: https://sinarharian.com.my/article/697893/berita/nasional/trend-pasangan-pilih-childfree-membimbangkan #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #tredchildfree #childfree

    Thu, 21 Nov 2024 - 03min
  • 4324 - Kos penerbangan lawatan rasmi luar ditanggung syarikat swasta

    Kos penerbangan lawatan rasmi luar ditanggung syarikat swasta Kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanan dan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang mengikuti urusan itu. Beliau turut menjelaskan, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan secekap mungkin. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697814/berita/nasional/70-hingga-80-peratus-kos-perjalanan-anwar-ke-lima-negara-ditanggung-syarikat-swasta #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #AnwarIbrahim #PMX

    Thu, 21 Nov 2024 - 01min
  • 4323 - Duda dituduh tipu 36 tiket konsert Andy Lau, Jay Chou

    Duda dituduh tipu 36 tiket konsert Andy Lau, Jay Chou Seorang bekas pekerja syarikat hiburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Khamis, atas satu pertuduhan menipu berhubung pembelian 36 tiket konsert Andy Lau dan Jay Chou, mencecah RM67,608, pada Mei hingga September lalu, lapor wartawan sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Penganggur, Thomas Lee Huat Sheng, 30, membuat pengakuan itu terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697846/berita/semasa/duda-dituduh-tipu-36-tiket-konsert-andy-lau-jay-chou #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #tiputiketkonsert #kualaLumpur

    Thu, 21 Nov 2024 - 01min
  • 4322 - VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha

    VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha Semua khidmat Sistem Mesej Pelbagai (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan banjir kilat bermula esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah proaktif amaran awal itu bagi memastikan rakyat khususnya penduduk Kuala Lumpur dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat. Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang bertanyakan mengenai langkah DBKL mencegah dan menangani banjir kilat di Kuala Lumpur serta senarai projek pembangunan yang diluluskan di kawasan persekitaran kolam takungan banjir sejak 2014. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697817/berita/nasional/vms-papan-iklan-led-dbkl-papar-status-cuaca-mulai-esok---dr-zaliha #SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #DBKL #statuscuaca #amaranbanjir

    Thu, 21 Nov 2024 - 01min
Mostra altri episodi