Podcasts by Category

Sinar Harian

Sinar Harian

sinarharian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

3155 - Bengkel pembuatan sabun serlah kreativiti warga emas
0:00 / 0:00
1x
  • 3155 - Bengkel pembuatan sabun serlah kreativiti warga emas

    Bengkel pembuatan sabun serlah kreativiti warga emas BERITA SEMASA 1 JUN 2024 Semakin ramai warga emas menyertai kursus dan bengkel di institusi pengajian tinggi (IPT) selari dengan perkembangan sains dan teknologi, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan. Selain memberi nilai tambah kepada kemahiran sedia ada, ilmu diperoleh dapat mengupayakan golongan tersebut kekal produktif dan relevan dalam masyarakat. Seperti dilakukan 10 pesara kerajaan dan swasta ini yang menyertai bengkel pembuatan sabun di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667625/edisi/perak/bengkel-pembuatan-sabun-serlah-kreativiti-warga-emas Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Edisi #BuatSabun #bengkel #UTM

    Sat, 01 Jun 2024 - 02min
  • 3154 - Ibu bapa Zayn Rayyan jadi suspek kerana perkembangan baharu - Peguam

    Ibu bapa Zayn Rayyan jadi suspek kerana perkembangan baharu - Peguam BERITA SEMASA 1 JUN 2024 Seorang peguam memberitahu bahawa terdapat perkembangan baharu dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, menjurus kepada penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, pihak polis menyatakan perkara itu ketika prosiding permohonan reman di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya pada Sabtu, di hadapan Majistret, Azura Mohd Saad. Menurutnya, polis memohon pasangan yang merupakan suspek atau orang yang disyaki (OYDS) membunuh anak sulung itu direman selama tujuh hari dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667764/berita/semasa/ibu-bapa-zayn-rayyan-jadi-suspek-kerana-perkembangan-baharu---peguam Muzik: Elevate dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian #Reman #Mahkamah #ZaynRayyan

    Sat, 01 Jun 2024 - 02min
  • 3153 - Ibu bapa Zayn Rayyan direman tujuh hari

    Ibu bapa Zayn Rayyan direman tujuh hari BERITA SEMASA 1 JUN 2024  Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu direman selama tujuh tujuh hari, di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya pada Jumaat. Majistret Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis. Pasangan suami isteri itu yang baju lokap berwarna oren direman sehingga Jumaat ini. Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667760/berita/semasa/ibu-bapa-zayn-rayyan-direman-tujuh-hari Muzik: Elevate dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian #Reman #Mahkamah #ZaynRayyan

    Sat, 01 Jun 2024 - 01min
  • 3152 - Johan hafazan dalami al-Quran sejak usia lima tahun

    BERITA SEMASA 31 MEI 2024 Johan hafazan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Muhammad Rifae'i Mat Zuki, telah menghabiskan syahadah 30 juzuk ketika usianya 14 tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. Mengenali al-Quran sejak berusia lima tahun dan menggunakan platform YouTube untuk mendengar bacaan suci al-Quran sejak usia 10 tahun. Dia kini merupakan pelajar tahun enam Akademi Darul Ilmi (ADI) yang diasaskan penceramah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667655/edisi/utara/johan-hafazan-dalami-al-quran-sejak-usia-lima-tahun Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #hafizQuran #hafazalquransejaklimatahun

    Fri, 31 May 2024 - 01min
  • 3151 - Pelajar didakwa cabul, cederakan kenalan wanita baru kenal sehari

    BERITA SEMASA 31 MEI 2024 Seorang pelajar lelaki di sebuah institut kemahiran didakwa di Mahkamah Majistret Melaka pada hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan rakan perempuan yang baharu berkenalan sehari, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob. Tertuduh, Muhammad Akmal Nordin, 24, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah setelah kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan hadapan Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang perempuan berusia 21 tahun. Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika berada di dalam kereta di kawasan Jalan Ayer Keroh Lama, Melaka antara jam 10 malam hingga 12.30 tengah malam pada 15 April lalu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667657/berita/semasa/pelajar-didakwa-cabul-cederakan-kenalan-wanita-baru-kenal-sehari Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #cabulcederarakanwanita #mahkamah #Melaka

    Fri, 31 May 2024 - 02min
Show More Episodes